JOM FOLLOW AINA

http://miszainabobot.blogspot.com/

Wednesday, December 21, 2011

♥5 PERKARA UNTUK KAWAN BAIK♥



 
 


 
 
pertama : aku akan cuba untuk
melindungi kawan aku, kerana aku adalah hiasan atau cermin dirinya dan
jika dia kekurangan nafkah, aku akan cuba untuk mencukupi keperluannya.

kedua
: apabila dia ada membuat atau memberi sesuatu kebaikkan atau perkara,
aku akan terima dengan rasa terharu, dan jikalau aku melihat kebaikkan
yg ada pada dirinya, aku suka untuk menghitung-hitungnya (mengungkit
kebaikkannya).

ketiga :
apabila dia ada membuat atau memberi sesuatu kebaikkan, aku akan terima
seadanya dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika aku
mengetahui keburukkan dia, aku akan menutupi aibnya (menjaga maruahnya).

keempat
: sekiranya dia meminta sesuatu dari ku, aku akan cuba berusaha
memberinya, jika aku melihat dia diam, aku akan bertanya dan menyapanya
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dia, aku
akan membantu dan meringan serta cuba menghiburkan dia.

kelima
: apabila dia berkatakan sesuatu kepada ku, aku suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau dia mengemukakkan
sesuatu persoalan yang berat, aku suka untuk mencuba sebaiknya dan jika
aku berselisih faham dengannya, aku akan mengalah untuk kepentingannya.

kawan/sahabat/member
adalah anugerah dan nikmat dari Allah yang tak terhingga, bagi aku
kawan baik atau kawan rapat adalah seorang sahaja dalam dunia nie ,
yang lain hanyalah bergelar kawan biasa sahaja, ini kerana, layanan
seorang kawan kepada kawan baik atau kawan biasa adalah berbeza. ini
kerana kawan baik adalah kawan yang ada bersama kita sewaktu susah
sahaja, dan kawan biasa ada ketika waktu kita senang. ini bukan fakta
tetapi cuma pengalaman...

bagi aku seorang kawan baik itu
cukuplah dia menghormati aku, menghormati keputusan aku, menghormati
pemikiran aku walaupun bertentangan, dia tetap memahami aku.

kawan
adalah penting selepas cinta. susah nak cari kawan yang serasi dengan
kita, kerana ini termasuk keserasian berfikir dan keserasian hati serta
jiwa. tapi aku terima seadanya kawan baik aku. dan aku harap kawan baik
aku pun sedia terima seadanya aku. kerana pemilihan kawan bukan leceh
seperti pemilihan cinta.

ada juga kawan yang jenis tikam dari
belakang. aku tidak boleh terima kawan yang seperti itu. dan sekiranya
ada, ia tetap menjadi kawan aku, tetapi bukan kawan baik atau rapat
aku, orang itu bergelar kawan biasa sahaja. kerana apa?.. hubungan
silaturahim tetap kena pelihara.

2 hubungan kita kene jaga
serentak, iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia,
kalau hubungan dengan Allah kita kurang tetapi hubungan dengan manusia
kita beria-ia, tak boleh juga, dan sebaliknya...

aku sanggup
habiskan segala-galanya untuk kawan baik aku. aku sanggup berkorban apa
sahaja untuk kawan baik aku. aku sanggup lakukan apa sahaja demi kawan
baik aku. asalkan dia sudi menjadi kawan baik aku dan terima apa yang
seadanya dalam diri aku.asalkan dia memelihara dan menjaga aib dan
maruah aku ketika dia berada atau bercerita dibelakang aku. itu pun dah
cukup bagi aku untuk mengaku dia seorang kawan baik aku.

dengan
itu, maksud kawan baik aku dalam konteks hidup dan prinsip aku.. adalah
kawan baik dari dunia sampailah ke Syurga.. Tapi yang paling penting,
hubungan aku dengan Allah dan keluarga aku lebih utama kan..


 
 






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Aina! Like Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment