JOM FOLLOW AINA

http://miszainabobot.blogspot.com/

Wednesday, December 26, 2012

I'm Back :)

Agak berkurun juga aku tidak menulis di sini,terasa rindu hati ini tidak dinafikan kini aku mempunyai masa yang agak terluang untuk menulis di blog ini..
aku kini sudah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini aku menunggu keputusan SPM,yang tidak lama lagi akan keluar,takut dihati tidak dinafikan,memang aku sangat takut tapi semuanya aku berserah kepada ilahi kerana aku sudah berusaha keras dan berdoa kepadaNya,selebihnya aku tawakkal dan berserah kepada yang maha esa,aku percaya jika berusaha dan diiringi doa insyaAllah pasti berjaya dalam SPM dan dapat sambung belajar dalam bidang yang aku minati,aku berharap sangat di luar sana rezeki ku murah dan dipermudahkan segala urusan (insyaAllah).Aku kini sedang mencari kelas bahasa inggeris untuk memantapkan lagi bahasa inggeris untuk kemudian hari apabila masuk ke IPTA kelak,dan dalam masa yang sama aku sedang mencari kerja untuk mencari sumber pendapatan sendiri,kerana aku ingin merasai bagaimana mencari duit itu,malah ingin mencari pengalaman dalam urusan pekerjaan,tapi tiada rezeki aku lagi,insyaAllah ada di banyak di luar sana,tapi kenalah berusaha sikit,aku berharap aku akan menulis lagi di sini jika aku mempunyai masa yang terluang insyaAllah kalau diizinkan Allah aku akan menceritakan lagi hal yang selanjutnya.

xoxo A :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Aina! Like Kalau Suka ! ♥